MENGAMBIL masa selama tiga tahun untuk disiapkan, produk yang menjadi kebanggaan terbaharu pengeluar kereta tempatan, Proton Holding Berhad (Proton) selamat dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Dipanggil Prevé (pray-vay) yang membawa maksud untuk membuktikan, sedan segmen C itu disifatkan sebagai model global buat Proton meneroka pasaran luar negara. Maka, tidak hairanlah jika penilaian terhadap model itu lebih kritikal daripada biasa.
Prevé pada awalnya dikenali sebagai P3-21A. Kemunculannya sudah lama ditunggu-tungagu. Rasa tahu orang kian memuncak apabila ada sahaja 'gambar-gambar curi' disiarkan di laman-laman web pemotoran terkenal tempatan.
Sekarang, terimalah hasil kerja keras 60 orang jurutera Proton. Apa yang pasti, Prevé dilihat lebih matang dan memiliki banyak fungsi berbanding model-model terdahulu Proton.
Sekali fikir, Prevé menggunakan formula hampir sama dengan pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai dan Kia. Maksud saya, sumbatkan sebanyak mungkin ciri yang boleh dan tawarkan pada harga lebih murah berbanding pesaing sekelasnya. Secara tidak langsung, pembeli akan menilai kereta ini sebagai berbaloi untuk dimiliki.
Prevé tidak menggantikan mana-mana model Proton. Sebaliknya, ia diposisikan antara model Persona dan Inspira. Banyak betul sedan Proton. Tidak mengapa, setiap model ada peminatnya tersendiri.
RUANG kokpit mengaplikasikan tona hitam dengan kemasan kayu dan calitan perak.
Memandangkan Prevé ialah model global, maka pembinaannya perlulah memenuhi standard dunia. Itulah cabaran paling besar yang terpaksa ditempuh Proton. Standard itu pastinya meliputi aspek keselamatan, teknologi, keselesaan, rekaan, kualiti binaan dan sebagainya.
Jentera itu dibina berasaskan kepada kerangka Exora. Bezanya hanyalah penggunaan suspensi roda belakang jenis multi-link yang pastinya lebih sesuai untuk sebuah sedan. Sedia maklum bahawa kereta Proton memang boleh diharap jika bercakap tentang kualiti pemanduan dan pengendaliannya.
5 Bintang MyVAP
Ciri keselamatan adalah antara ciri yang paling diberi perhatian oleh Proton untuk Prevé. Banyak betul sistem keselamatan yang ada padanya. Sebagai contoh, kerangka yang diperkukuh diberi nama RESS (Reinforced Safety Structure) , dua beg udara, sistem brek ABS, EBD, malah BA (brake Assist), kawalan cengkaman (traction control) Electronic Stability Control (ESC) dan ISOFIX untuk varian Premium. Jangan lupa juga bahawa Prevé mendapat penarafan lima bintang daripada Malaysian Vehicle Assessment Programme (MyVAP).
Sudah boleh dilihat secara dekat di bilik-bilik pameran Proton seluruh negara, sedan itu ditawarkan dalam tiga varian menerusi dua pilihan enjin dan tiga jenis transmisi. Varian tertinggi ialah model Premium yang dipasang dengan enjin 1.6 liter CFE, iaitu enjin sama pada model Exora Bold.
Cuma, ia telah ditala semula bagi memberikan kuasa yang lebih linear dan sesuai dengan karekter sebuah sedan.
Enjin dengan sistem 'soft turbo' itu menawarkan kuasa seperti enjin bersesaran 2.0 liter. Lebih tepat lagi, ia mampu mencecah kuasa 138hp dan tork puncak 205Nm.
PINTU but belakang kini boleh dibuka dengan memicit butang pada kunci kenderaan.
Lebih menarik, enjin itu dipadankan dengan transmisi Protronic CVT tujuh kelajuan. Transmisi VT3 itu turut diberikan paddle shifter untuk membenarkan pemandu menukar gear secara manual.
Kalau hendak melihat dari segi prestasi, padanan tersebut membolehkan Prevé mencapai kelajuan maksimum 190 kilometer sejam (km/j). Sementara tempoh sedan itu untuk sampai ke kelajuan 100km/j dari kedudukan statik adalah 9.6 saat. Menyentuh aspek penggunaan bahan api pula, Proton mendakwa varian Prevé berenjin CFE ialah 6.6 liter bagi setiap 100km.
Mahu memikat seramai mungkin pembeli berpotensi, Proton turut menawarkan varian 1.6 Executive CVT (VT2 enam kelajuan) dan 1.6 Executive bertransmisi manual lima kelajuan. Enjin yang digunakan pula ialah Campro IAFM, sama seperti yang ada pada model Saga 1.6.
Meninjau ke ruang kabin, Prevé menggunakan warna hitam sebagai temanya. Papan pemuka, stereng, fabrik tempat duduk dan panel sisi diberi warna hitam, di sebalik kemasan kayu dan calitan warna perak pada konsol tengahnya.
Bagi mereka yang memilih varian dengan enjin CFE, anda pasti berpuas hati dengan semua ciri yang ada pada kokpit Prevé.
Senarainya bolehlah dimulakan dengan butang Start/Stop, pemain cakera padat bersama sambungan Bluetooh, USB dan iPod, selain lampu hadapan, penggilap cermin dan pendingin hawa yang dikawal secara automatik. Tidak terkecuali, unit navigasi dengan skrin sentuh.
Prevé ditawarkan pada harga bermula RM RM59,540 hingga RM72,990 seunit bergantung kepada varian. Anda boleh memilih salah satu daripada enam warna yang ditawarkan iaitu hitam, putih, biru, merah, perak dan coklat.
UNTUK menghidupkan enjin, anda hanya perlu menekan butang penghidup.
Proton boleh dianggap berada di landasan yang betul untuk dipandang lebih serius sebagai pengeluar kenderaan berpengaruh. Sekurang-kurangnya di rantau ini. Namun, masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.
Cabaran utama Proton pastinya untuk menghilangkan saki-baki rasa skeptikal pengguna terhadap kereta keluarannya. Paling tidak pun, membuatkan kelompok yang gemar mengutuk dan menghentam apa jua yang keluar daripada kilang Proton terdiam serta menutup mulut mereka.
Perkara itu jugalah yang saya anggap masih belum berjaya direalisasikan sepenuhnya oleh Proton. Sebabnya, kalau benar Proton sudah mampu menghapuskan persepsi negatif terhadap produknya, tidaklah seorang rakan bertanya kepada saya: "Ada Internet di dalam kereta? Kalau rosak macam mana?"
proton dalam era pemodenan....tapi jgnla ada penyakit tingkap dah..hihih
ReplyDeleteapa kan daya..sang kancil pun xdaya nk bayar roadtax tetiap tahun.. lg pun kancil jimat minyak..ade gaya poket kosong watpe..wakaka! biar kete buruk tapi duit bekepuk!
ReplyDeletelawa dan menarik .... rasa berbaloi dengan duit yg perlu dibayar ....
ReplyDeletemade in malaysia memang terbaik :) malaysia boleh :)
ReplyDeletepreve....
ReplyDeletedah tempah ke ni???????
kereta terbaik dari proton...
salam singgah jua...
cangih kan.. cun plak tu..
ReplyDeletePreve mmg cantik, harga pun boleh tahan..
ReplyDeleteYg tak tahan tu nak membeli tu tak berapa lepas ;)
kalau nak beli keta nanti preve akan jadi pilihan ku
ReplyDeleteSalam kenal dik, terima kasih sudi ke blog akak.
ReplyDeleteMemang cantik keta ni, nampak tinggi teknologi ciptaannya tu, canggihlah!
mmg cun!
ReplyDeletememang terbaik dari proton..akak pun suka preve ni..
ReplyDeletebelum test drive lagi preve ni. mmg teringin nak test drive. :D
ReplyDeletehuhuhu..dah tgk..x berkenan kot..cantek lg inspira kot =p
ReplyDeletelambat sangat kuar preve ni...gua dah beli iswara dahhhhh... huhu
ReplyDeletethanks follow akak...
ReplyDeleteakak follower ke 78 dtg mendaftar :)
cantik kereta tu...
canggih..
ReplyDeleteTak mampu milik la...nampak cantik juga Preve ni....
ReplyDeleteTak mampu milik la...nampak cantik juga Preve ni....
ReplyDeleteslm kenal Johari...tq sudi singgah n follow blog QH tu...QH pon follow...
ReplyDeletemmg sgt bkenan tgk kereta preve tu...tp lum lg tfikir nk beli...krg mampu lagi...
Salam Ukhwah.. dah follow.. tq.. yaa...:))
ReplyDeletedah follow awk pun..(^_^)
ReplyDeletepreve... masih setia pada keta lama huhu...
ReplyDeletefollow sini jugak.. cantikkan preve ni.. :)
ReplyDeletepreve terbaikkk. cuma belum mampu utk memiliki ;)
ReplyDeletecantikk.. tapi tak mampu nak memilikinya lagi.. huhuhuhu
ReplyDeletecik mama follow sini yeww.. follow me back..
http://pinkpurplemerah.blogspot.com/
salam...
ReplyDeletedrop by..
hmm..antara byk2 kereta keluaran proton,rasenye ini yg paling smart kut..rege pun kompom smart :)
thanks singgah blog cma :)
Sangat berbaloi dgn harganya yg masih dlm kategori sangat murah itu...
ReplyDeleteBuat masa ni memang Preve yang terbaik hehe
ReplyDeletejom angkat 2/3 ketul..hehe
ReplyDeletebaru nampak prave atas jalan semalam.. cepat jugak org yang order dpt..bukan kereta test drive yg pasti tu:) para yang last tu saya setuju, proton kene berusaha menangkis perception setengah org berkenaan kereta proton..insya Allah boleh..
ReplyDeletememang nampak cantik Preve ni kan...
ReplyDeletesalam, bro.
ReplyDeleteI follow lu. nampaknya lu memang faham benar tentang preve ni...
salam singgah.. terima kasih sudi singgah di blog akk ye, belum kesempatan untuk baca entry di sini
ReplyDeleteAssalamualaikum Johari
ReplyDeleteterima kasih ziarah PHD
salam ukhwah
Assalamualaikum Johari,
ReplyDeleteTerima kasih ziarah kakmah,
Syabas proton Holding Berhad,
cantik kereta nie..
assalamualaikum..
ReplyDeletemekasih singgah blog saya =)
preve cantik, tapi belum mampu nak beli. hihi
RM RM59,540? HUTANG 9 TAHUN, KERETA PALING TAHAN PUN LIMA TAHUN TAK BUAT HAL(KERETA JEPUN DAN EROPAH LA SETAKAT NIE.. ) PESAING MUNGKIN MAHAL, TAPI BOLEH MENCAPAI KEPUASAN MAKSIMUM...JADI,BERBALOI KER?
ReplyDelete