Followers KU

Thursday, 3 May 2012

Khasiat Petai

Semalam baru je makan sambal petai udang yang dimasak oleh isteri.. Mmg sedap laa... Agak-agak petai ni berkhasiat ke tak ye? Pendapat ada mengatakan petai ni makruh kalo makan..betul ker? Tapai rasa dia mmg sedap kalo buat ulam yg dimakan begitu saje.. hehehe..


Petai  dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan. Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendah garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok.Kandungan zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemia .



 Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal.


10 comments:

  1. byk khasiat petai ni ya.. sambal udang dan sambal ikan bilis petai tu nampak sungguh menggoda..

    ReplyDelete
  2. huhuhu... sy tak pandai makan petai... ;'(

    ReplyDelete
  3. sy suka makan kalau dgn lauk udang sambal ke , ikan bilis ke.....

    eh yg gambar petai besar tu mmg wujud ke?

    ReplyDelete
  4. oh sedap2.. pastu penat cuci bilik air yang berbau.. hahaha. kentut pun smua org lariiiiiiiiii.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanil kamu kena try makan dulu baru tau..

      Delete
  5. petai ni ade juga org buat jeruk. err opah la kot.. hehe. tapi makruh makan petai tau

    ReplyDelete
  6. Kebun kelapa sawit bapak kakak yg kami sewa pada org banyak ditanam pokok petai. Kalau musim berlori bapak kakak jual. Kakak mungkin dari kecik dah selalu makan so sekarang dah tak suka sangat... tapi sedap tau sambal tumis petai+udang....

    ReplyDelete