Followers KU

Monday 22 October 2012

24 jam tak cukup ke pompuan?

 


Amboi~
Awek ni betul2 xsempat nak potong bawang kat rumah ye..hihi
Jual karipap ke?
Orang lain usha pun dia bleh buat slamber derk je
Adeke awek malaysia nak buat gini?
Haish kalau nampak cermin tu
Ade bintik sikit pun dah macam ade jerawat batu
Konon nak kontrol cun even depan pakcik tua!
Ce komen sket~
 
 

Read more...

Sunday 21 October 2012

Desa Temu Jodoh


Ha.. inila skolah untuk para andartu dan bujang telajak!
hahaha (gelak orang dah kawen)
Sesape yang xkawen lagi boleh la datang ke desa temu jodoh
mane la tau kot jodoh korang ade kat situ~
Betuah orang Johor ye..

Read more...

Saturday 20 October 2012

Bila lelaki merajuk?



Ini lah hakikatnya..
Lelaki ni malas nak fikir bende2 yang comlicated.
Sebab tu perempuan Malaysia ni banyak yang cakap 
LELAKI MALAYSIA TIDAK ROMANTIK!
Amende smua tu..hahaha
Nak sangat lelaki Lombok..ha dapat anak mix..xgitu?
Tapi sekeras2 hati lelaki ni ada jugak part sensitifnye
Teringin dimanja dan dilayan dengan baik
Fikir2kanlah perempuan di luar sana
 

Read more...

Friday 19 October 2012

Dua peragut mati disembelih

..PANAS! PANASSS!

2 peragut mati disembelih...

Pontian - 18/10/12, begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung kayu ara pasong, menurut saksi,hj manan jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu...tapi sempat dihalang oleh jirannya...namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa2 barang yang berharga yang didapati pada peragut itu.

Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung disitu pula yang berang pada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua2 peragut ini,kaki2 peragut itu diikat...dengar takbir yang bergema...dia telah sembelih peragut tanpa rasa belas kasihan...darah menyembur keluar,orang tempatan tidak berani menghalang perbuat ketua kampung itu,kerana yang disembelih itu ialah seeokor kambing dan sesekor lembu yang meragut rumput disembelih untuk hari raya korban...


SALAM AIDIL ADHA...=)

Read more...

Wednesday 3 October 2012

Makanan : Beli atau masak lebih jimat?

Dari hari ke hari
Kos hidup makin menyengat tingginye
Bila semua bende naik
So bila gaji naik pun xguna
Sama jela

Makan..ade ke orang xmakan?
Majoriti orang Msia ni memilih nasi sebagai makanan ruji
Tapi orang kolumpo yang moden2 tu
Ade jugak yang buat ala2 mat salleh gitu
Makan fast food je
Perut bleh tahan xpela
Macam aku ni perut orang kampong memang nak nasi jugak

Macam family aku selalunya kami xpernah beli
Sebab aku ni hi demand sikit lauknye
Bini aku je tau aku nak ape
Satu lauk je pun..janji ade masak lemak.hehe

Tapi ade jugak yang prefer beli..
Kalau ku congak2 balik macam lebih kurang je
If masak, seminggu beli lauk dalam RM50 gitu,bawang sgale dalam RM20
Kalau beli siap masak, skali beli dalam RM10, 7 hari dalam RM70
Korang plak macamane? Ce cite.. ce cite..hehe

Read more...

Tuesday 2 October 2012

Bajet 2013 : ada yang setuju ada yang bengang?

Pembentangan bajet 2013 baru-baru ini banyak mendapat kritikan dan ulasan dari pelbagai pihak. Bukan niat nak menyokong sesiapa, tapi memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang, memang kita perlu menguruskan hidup dengan berhemah dan berjimat cermat. Hah korang tengok ni..

Kos ni bergantung pada family masing2.. kalau sorang je yang keje mmg alamat xcukup la.. RM1,500 pun gaji memang xcukup! sebab tu budaya biar papa asal bergaya tu xboleh diamalkan!

#FIKIRFIKIRKANLAH#

Read more...

Monday 1 October 2012

Do it yourself - buat sendiri

Hari ni aku nak share dua bende berguna yang korang boleh hasilkan sendiri dari barang sedia ada.. sekarang pun kos hidup makin tinggi so kene la berjimat cermat, kan..

 Ni hanger kasut..esp orang pompuan.kasut tu kalau xbepuluh pasang memang xsah! tengok orang lelaki 2 pasang je kasut. Slipper jalan dengan kasut keje.Hehe jangan marah..

Ni pulak sesuai untuk hiasan rumah yang simple dan murah.. xla rabak poket suami bila isteri nak itu nk ini.. ni boleh kalah deco eric nih!

#SELAMATMENCUBA#

Read more...

Friday 28 September 2012

Vios boleh terbang

Assalamualaikum..rasanya dah lama saya tak update blog saya ni kerana urusan bisnes..(mcm beso sgt bisnes dia..haha...)

Kat sini saya nak kongsi mengenai kereta vios yg boleh terbang..power tu..tak percaya jom tengok...



Berdasarkan maklumat, kereta Toyota Vios di atas sebenarnya terbabas dan spin lalu melambung naik atas tembok tersebut, bukan turun dari atas bukit itu.

Kerana di atas bukit itu ialah ladang sawit, kejadian berlaku di Jalan Nitar - Mersing, Johor.

Kakak berbaju hijau itu yang membawa kereta Vios berkenaan...

Kalau aku tahu Vios powerfull macam ni... sudah tentu dulu aku beli Vios... he..he..he.. siapa tahu kisah sebenar Vios terbang ni?

Read more...

Sunday 12 August 2012

Selamat Hari Raya

Assalam semua rakan bloggers yang diingati.. eceh macam ayat dalam surat tak rasmi ler pulaks! lame dh xber entry rasenye.. Yelah orang bz bisnes lah kate kan.. cuma belum rejeki nak ade bisnes sendiri je. So buatlah bisnes orang lain dulu. Tak gitu makciknye?

Harini dah 23 ramadhan kalau xsilap aku. Pejam celik pejam celik dah nak raye ye. Jeling2 panjut time shopping dgn family, teringin jugak nak pasang sebatang dua kat rumah ni nak memeriahkan suasana. Nak main bunga api ke mercun ke anak bujang pun kecik xtau ape lagi. Hehe~ gurau je. bukan semua orang kat sempadan siam senang dapat stok eh!

Pagi tadi dihidangkan dengan sotong masak merah. Ape lagi, pagi ni muntah lah! bukan sebab mengandung okeh, sah aku tulen lelaki,hehe. Hari tu dah sakit macam ni juga, jumpa doktor, doktor cakap gastrik. Xbleh makan pedas.Dah xbleh berbisnes..suramlah bazar ramadhan tanpa kebab Melawati Doooonia.

Baju raya still xsiap lagi, macam biasa sedondon biru navy. Tahun lepas coklat bertiga. Tahun depan berempat lah pulak, InsyaAllah meletop 25hb ni! Hoho~ So alang2 la harini xkeje aku dah keluarkan smua ayam n pari dalam fridge untuk dibako petang nanti..nyum3~ sedap jugak!

Banyak juga yang belum buat n kene buat sebelum balik kampung kali ni. Antaranya ialah :
1. Beli beras pulut susu
2. Tukar duet raya (semua bank pun dh abess)
3. Ambik baju raya
4. Beli bahan menu raya (raye rumah bini weyyyyy!!!)

Oklah aku malas nk menulis dah. Puasa nih! Sama2 lah kita mencari lailatul qadar dan keberkatannya.. Aminnn

Read more...

Friday 13 July 2012

Flame:Virus Komputer Yang Terganas Di Dunia


Menurut sumber, Virus Komputer paling ganas di dunia untuk saat ini adalah Flame. Virus terbaru ini dikatakan direka bersama oleh Israel dan USA dengan tujuan untuk mengodam program nuklier Iran.
Virus Flame ini menurut Kaspersky, memiliki ukuran dan kemampuan yang sangat berbeda dengan virus lain.
Flame ini mampu mengambil seluruh data yang tersimpan di dalam komputer yang sudah terinfeksi oleh virus ini.
Bukan hanya sekadar itu, Virus Flame ini juga dikatakan mampu memantau seluruh aktiviti pengguna komputer, dengan cara mengambil gambar dan merekam tombol-tombol keyboard yang ditekan oleh pengguna.
  • Kemampuan yang lebih canggih lagi ia lah virus ini mampu mengaktifkan sistem audio di komputer termasuk juga mikrofon. Dan ia nya digunakan oleh virus ini untuk merekam pembicaraan dari pengguna.
  • Selain itu, kecanggihan dari virus ini dilengkapi dengan kemampuan menularkan virus melalui Bluetooth. Dengan kemampuan seperti itu, Flame ini bukan hanya sebagai virus tapi juga berfungsi sebagai alat pengintip.
  • Buat masa ini, virus flame ini telah menyerang negara di Timur Tengah dan sebahagian besar nya di Iran.

Read more...

Saturday 7 July 2012

Huluran derma dari insan yang tak dijangka



Apakah ekspresi pertama yang selalu terfikir oleh akal kita bila melihat insan kelainan upaya seperti dalam foto? Meminta ihsan dari orang ramai yang mungkin bersimpati ? No No No .. never judge the book by it's cover.. tidak semestinya sedemikian sebab apa yang beliau lakukan adalah sesuatu yang kadang kadang orang normal pun bagi macam macam alasan.

Moh kita saksikan foto ke 2 apa yang berlaku sebenarnya ..





Read more...

Saturday 16 June 2012

menarik

Dah lama rasanye tak ber update blog ni..kena cuci dulu nampak gayanya sebab byk habuk..hehehe..maklumlah bz sikit..
hari ini free jd boleh la jenguk ke my blog..

oklah sy nak berkongsi beberapa gambar yang menarik kt sini..  semoga terhibur..


Malu-malu..tutup muka..Macamna minah ni boleh masuk dalam longkang tu.



Betul ke durian ni?


 Boleh lak dia sorang2 sujud kat situ


Fuyooo..hebat tak..kereta yg remuk tapi basikal ok je..mesti basikal mahal ni.





Read more...

Wednesday 6 June 2012

Sulaiman Al Rajhi memilih untuk miskin


Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.

Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.

Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.

Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.

Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.

Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.

Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.

Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.

Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.

Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.

Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.

Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.

Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.

Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.

Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.

Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.

Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.

Read more...

Sunday 3 June 2012

Jawatan Kosong Terbaru - UUM


Hah korang!
Update hari ini adalah hadiah buat kengkorang yang masih mencari.. kerja.
Kalau jodoh tu xdapek la den nk nolong..
Anak teruna den pun baru setahun setengah kalaunk dijodohkan..hehe

Ni ada jawatan kosong di UUM, Sintok. Kedah.
Pada yang nak mencuba nasib, silakanlah..
Mane tau Allah nk kasi rejeki..

Satu petua yang aku bleh kasi,
Pastikan korang mohon jawatan yang BERSESUAIAN dengan KELAYAKAN.
Jangan korang ada degree Human Resources, korang p mintak jurutera mekanikal plak.
Ni contoh la..

Pastu pasal surat sokongan..
Kalau korang p menyembah pejabat YB memane pun,
Kebarangkalian untuk derang tengok surat tu adalah rendah
Yela, dh permohonan pun banyak, kan..
Kecuali la kot dari istana ke.. ha konpem derang tengok.

Lagi bagus..
kalau korang ade KABEL BESAR MUNYAAAA..
hahaha ala bende ni dh jadi bukan rahsia dah.
Contohnya di opis bini aku..
Kalau skali hebahan pak/mak meninggal,
Dua tiga adik beradik appear..tu belum campor spupu, anak sdare bla bla bla
 
 Ok lah malas nk beleter lagi
Nanti korang ingat aku mak Joyah pulak
Nak apply klik link kat bawah..


Read more...

Wednesday 30 May 2012

Baby Tomok & Ayu

Alhamdulillah..
Tomok dah jadi bapak bila anaknya lahir semalam,
29 Mei 2012 jam 6.03 petang di Pusat perubatan Prince Court
Hah tempat orang2 kayer tuh~

Kata Tomok: agak gementar untuk jadi bapak setelah memikirkan tanggungjawab yang akan dipikul,
Nama kami xpk lagi, nanti lah sebab kene pilih betul2~ 

Tahniah Tomok dan isteri!

 


Read more...