Dare2rich
Read more...
Jom Berblogging
Kalau salah tolong tegur-tegur kan.. hehe. Lagi pun sebenarnye Malaysia ni banyak isu menarik yang boleh kita kongsikan. SHARING IS CARING, kan?
Followers KU
Tuesday, 31 December 2013
Monday, 30 December 2013
kembali semula....
Lama dah tak update blog ni..dh bersawang habuk sampah sarap semua ada..
Read more...
Kali ni sy nk update blik la blog ni..semoga kwn2 bg sokongan..
Read more...
Sunday, 20 January 2013
kisah benar dan sedih
Kisah Sedih Seorang Ayah - Kisah
Benar
Nak berkongsikan satu kisah benar kasih seorang ayah terhadap anaknya, kita semua mungkin bakal lalui pengalaman yang sama kelak. KERANA DIA SEORANG AYAH -Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai.
Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.
Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja,
kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke
kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi
tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku
menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" -
"Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka
yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal.
"Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan
negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah
pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada
yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau
untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat -
warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti
mengerti kerut wajah bapanya.
"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit
dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira
duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan
untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula -
dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam
cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan
anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang
diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana
si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh
harapan.
Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya
bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut
awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping
duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu
'mengais' untuk hari esoknya.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua
ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu
kecil. Amin...
Notakaki : Kasih Sayang Membawa
Ke Syurga
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)