Followers KU

Friday, 28 September 2012

Vios boleh terbang

Assalamualaikum..rasanya dah lama saya tak update blog saya ni kerana urusan bisnes..(mcm beso sgt bisnes dia..haha...)

Kat sini saya nak kongsi mengenai kereta vios yg boleh terbang..power tu..tak percaya jom tengok...



Berdasarkan maklumat, kereta Toyota Vios di atas sebenarnya terbabas dan spin lalu melambung naik atas tembok tersebut, bukan turun dari atas bukit itu.

Kerana di atas bukit itu ialah ladang sawit, kejadian berlaku di Jalan Nitar - Mersing, Johor.

Kakak berbaju hijau itu yang membawa kereta Vios berkenaan...

Kalau aku tahu Vios powerfull macam ni... sudah tentu dulu aku beli Vios... he..he..he.. siapa tahu kisah sebenar Vios terbang ni?

Read more...

Sunday, 12 August 2012

Selamat Hari Raya

Assalam semua rakan bloggers yang diingati.. eceh macam ayat dalam surat tak rasmi ler pulaks! lame dh xber entry rasenye.. Yelah orang bz bisnes lah kate kan.. cuma belum rejeki nak ade bisnes sendiri je. So buatlah bisnes orang lain dulu. Tak gitu makciknye?

Harini dah 23 ramadhan kalau xsilap aku. Pejam celik pejam celik dah nak raye ye. Jeling2 panjut time shopping dgn family, teringin jugak nak pasang sebatang dua kat rumah ni nak memeriahkan suasana. Nak main bunga api ke mercun ke anak bujang pun kecik xtau ape lagi. Hehe~ gurau je. bukan semua orang kat sempadan siam senang dapat stok eh!

Pagi tadi dihidangkan dengan sotong masak merah. Ape lagi, pagi ni muntah lah! bukan sebab mengandung okeh, sah aku tulen lelaki,hehe. Hari tu dah sakit macam ni juga, jumpa doktor, doktor cakap gastrik. Xbleh makan pedas.Dah xbleh berbisnes..suramlah bazar ramadhan tanpa kebab Melawati Doooonia.

Baju raya still xsiap lagi, macam biasa sedondon biru navy. Tahun lepas coklat bertiga. Tahun depan berempat lah pulak, InsyaAllah meletop 25hb ni! Hoho~ So alang2 la harini xkeje aku dah keluarkan smua ayam n pari dalam fridge untuk dibako petang nanti..nyum3~ sedap jugak!

Banyak juga yang belum buat n kene buat sebelum balik kampung kali ni. Antaranya ialah :
1. Beli beras pulut susu
2. Tukar duet raya (semua bank pun dh abess)
3. Ambik baju raya
4. Beli bahan menu raya (raye rumah bini weyyyyy!!!)

Oklah aku malas nk menulis dah. Puasa nih! Sama2 lah kita mencari lailatul qadar dan keberkatannya.. Aminnn

Read more...

Friday, 13 July 2012

Flame:Virus Komputer Yang Terganas Di Dunia


Menurut sumber, Virus Komputer paling ganas di dunia untuk saat ini adalah Flame. Virus terbaru ini dikatakan direka bersama oleh Israel dan USA dengan tujuan untuk mengodam program nuklier Iran.
Virus Flame ini menurut Kaspersky, memiliki ukuran dan kemampuan yang sangat berbeda dengan virus lain.
Flame ini mampu mengambil seluruh data yang tersimpan di dalam komputer yang sudah terinfeksi oleh virus ini.
Bukan hanya sekadar itu, Virus Flame ini juga dikatakan mampu memantau seluruh aktiviti pengguna komputer, dengan cara mengambil gambar dan merekam tombol-tombol keyboard yang ditekan oleh pengguna.
  • Kemampuan yang lebih canggih lagi ia lah virus ini mampu mengaktifkan sistem audio di komputer termasuk juga mikrofon. Dan ia nya digunakan oleh virus ini untuk merekam pembicaraan dari pengguna.
  • Selain itu, kecanggihan dari virus ini dilengkapi dengan kemampuan menularkan virus melalui Bluetooth. Dengan kemampuan seperti itu, Flame ini bukan hanya sebagai virus tapi juga berfungsi sebagai alat pengintip.
  • Buat masa ini, virus flame ini telah menyerang negara di Timur Tengah dan sebahagian besar nya di Iran.

Read more...