Followers KU

Wednesday 30 May 2012

Baby Tomok & Ayu

Alhamdulillah..
Tomok dah jadi bapak bila anaknya lahir semalam,
29 Mei 2012 jam 6.03 petang di Pusat perubatan Prince Court
Hah tempat orang2 kayer tuh~

Kata Tomok: agak gementar untuk jadi bapak setelah memikirkan tanggungjawab yang akan dipikul,
Nama kami xpk lagi, nanti lah sebab kene pilih betul2~ 

Tahniah Tomok dan isteri!

 


Read more...

Sunday 27 May 2012

Lagu anak kampung - Jawapan

Dulu saya ada post lagu jimmy palikat anak kampung. kat sini saya nak post pulak jawapan kepada anak kampung. Iaitu perempuan yang akan bagi jawapan kepada lagu jimmy tu.
Kita semua nya anak kampung sebab lahir dikampung tetapi yg lahir dibandar tu tak tau lah. Jadi mari kita dengar lagu anak kampung. hidup anak kampung.




Read more...

Sunday 20 May 2012

Anugerah Terhebat

Hehehe... saya nak bagitau dan berkongsi disini. Ini ada satu anugerah yang sangat hebat dan luar biasa. Jarang sekali kita dapat anugerah macamni. Siap dapat sijil  penghargaan lagi tu.. Mari kita tengok..



Read more...

Monday 14 May 2012

Prevé sedan terbaik dari Proton



MENGAMBIL masa selama tiga tahun untuk disiapkan, produk yang menjadi kebanggaan terbaharu pengeluar kereta tempatan, Proton Holding Berhad (Proton) selamat dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Dipanggil Prevé (pray-vay) yang membawa maksud untuk membuktikan, sedan segmen C itu disifatkan sebagai model global buat Proton meneroka pasaran luar negara. Maka, tidak hairanlah jika penilaian terhadap model itu lebih kritikal daripada biasa.

Prevé pada awalnya dikenali sebagai P3-21A. Kemunculannya sudah lama ditunggu-tungagu. Rasa tahu orang kian memuncak apabila ada sahaja 'gambar-gambar curi' disiarkan di laman-laman web pemotoran terkenal tempatan.

Sekarang, terimalah hasil kerja keras 60 orang jurutera Proton. Apa yang pasti, Prevé dilihat lebih matang dan memiliki banyak fungsi berbanding model-model terdahulu Proton.

Sekali fikir, Prevé menggunakan formula hampir sama dengan pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai dan Kia. Maksud saya, sumbatkan sebanyak mungkin ciri yang boleh dan tawarkan pada harga lebih murah berbanding pesaing sekelasnya. Secara tidak langsung, pembeli akan menilai kereta ini sebagai berbaloi untuk dimiliki.

Prevé tidak menggantikan mana-mana model Proton. Sebaliknya, ia diposisikan antara model Persona dan Inspira. Banyak betul sedan Proton. Tidak mengapa, setiap model ada peminatnya tersendiri.

RUANG kokpit mengaplikasikan tona hitam dengan kemasan kayu dan calitan perak.

Memandangkan Prevé ialah model global, maka pembinaannya perlulah memenuhi standard dunia. Itulah cabaran paling besar yang terpaksa ditempuh Proton. Standard itu pastinya meliputi aspek keselamatan, teknologi, keselesaan, rekaan, kualiti binaan dan sebagainya.

Jentera itu dibina berasaskan kepada kerangka Exora. Bezanya hanyalah penggunaan suspensi roda belakang jenis multi-link yang pastinya lebih sesuai untuk sebuah sedan. Sedia maklum bahawa kereta Proton memang boleh diharap jika bercakap tentang kualiti pemanduan dan pengendaliannya.

5 Bintang MyVAP

Ciri keselamatan adalah antara ciri yang paling diberi perhatian oleh Proton untuk Prevé. Banyak betul sistem keselamatan yang ada padanya. Sebagai contoh, kerangka yang diperkukuh diberi nama RESS (Reinforced Safety Structure) , dua beg udara, sistem brek ABS, EBD, malah BA (brake Assist), kawalan cengkaman (traction control) Electronic Stability Control (ESC) dan ISOFIX untuk varian Premium. Jangan lupa juga bahawa Prevé mendapat penarafan lima bintang daripada Malaysian Vehicle Assessment Programme (MyVAP).

Sudah boleh dilihat secara dekat di bilik-bilik pameran Proton seluruh negara, sedan itu ditawarkan dalam tiga varian menerusi dua pilihan enjin dan tiga jenis transmisi. Varian tertinggi ialah model Premium yang dipasang dengan enjin 1.6 liter CFE, iaitu enjin sama pada model Exora Bold.

Cuma, ia telah ditala semula bagi memberikan kuasa yang lebih linear dan sesuai dengan karekter sebuah sedan.

Enjin dengan sistem 'soft turbo' itu menawarkan kuasa seperti enjin bersesaran 2.0 liter. Lebih tepat lagi, ia mampu mencecah kuasa 138hp dan tork puncak 205Nm.
PINTU but belakang kini boleh dibuka dengan memicit butang pada kunci kenderaan.

Lebih menarik, enjin itu dipadankan dengan transmisi Protronic CVT tujuh kelajuan. Transmisi VT3 itu turut diberikan paddle shifter untuk membenarkan pemandu menukar gear secara manual.

Kalau hendak melihat dari segi prestasi, padanan tersebut membolehkan Prevé mencapai kelajuan maksimum 190 kilometer sejam (km/j). Sementara tempoh sedan itu untuk sampai ke kelajuan 100km/j dari kedudukan statik adalah 9.6 saat. Menyentuh aspek penggunaan bahan api pula, Proton mendakwa varian Prevé berenjin CFE ialah 6.6 liter bagi setiap 100km.

Mahu memikat seramai mungkin pembeli berpotensi, Proton turut menawarkan varian 1.6 Executive CVT (VT2 enam kelajuan) dan 1.6 Executive bertransmisi manual lima kelajuan. Enjin yang digunakan pula ialah Campro IAFM, sama seperti yang ada pada model Saga 1.6.

Meninjau ke ruang kabin, Prevé menggunakan warna hitam sebagai temanya. Papan pemuka, stereng, fabrik tempat duduk dan panel sisi diberi warna hitam, di sebalik kemasan kayu dan calitan warna perak pada konsol tengahnya.

Bagi mereka yang memilih varian dengan enjin CFE, anda pasti berpuas hati dengan semua ciri yang ada pada kokpit Prevé.

Senarainya bolehlah dimulakan dengan butang Start/Stop, pemain cakera padat bersama sambungan Bluetooh, USB dan iPod, selain lampu hadapan, penggilap cermin dan pendingin hawa yang dikawal secara automatik. Tidak terkecuali, unit navigasi dengan skrin sentuh.

Prevé ditawarkan pada harga bermula RM RM59,540 hingga RM72,990 seunit bergantung kepada varian. Anda boleh memilih salah satu daripada enam warna yang ditawarkan iaitu hitam, putih, biru, merah, perak dan coklat.

UNTUK menghidupkan enjin, anda hanya perlu menekan butang penghidup.


Proton boleh dianggap berada di landasan yang betul untuk dipandang lebih serius sebagai pengeluar kenderaan berpengaruh. Sekurang-kurangnya di rantau ini. Namun, masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.

Cabaran utama Proton pastinya untuk menghilangkan saki-baki rasa skeptikal pengguna terhadap kereta keluarannya. Paling tidak pun, membuatkan kelompok yang gemar mengutuk dan menghentam apa jua yang keluar daripada kilang Proton terdiam serta menutup mulut mereka.

Perkara itu jugalah yang saya anggap masih belum berjaya direalisasikan sepenuhnya oleh Proton. Sebabnya, kalau benar Proton sudah mampu menghapuskan persepsi negatif terhadap produknya, tidaklah seorang rakan bertanya kepada saya: "Ada Internet di dalam kereta? Kalau rosak macam mana?"





Read more...

Saturday 12 May 2012

Khasiat Air Mani Lelaki Kepada Wanita (Bukan 18sx)


Khasiat Air Mani Lelaki Kepada Wanita (Bukan 18sx)

Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.
Ooo.. patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat². Kena sama² pandai jaga badan lepas kahwin, ok?
Khasiat lain sperma untuk wanita:
  1. Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
  2. Mengurangkan jerawat.
  3. Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.
Edah dan Air Mani
Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan seks dengan suami baru.
Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak. Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad. Kajilah dulu kalau boleh. Memang diyakini Islam itu benar.

Read more...

Thursday 10 May 2012

Bayi didera : pandangan masyarakat

Di sini aku tepek kan beberape komen facebook tentang kes baby kene dera tu semalam..
memang ramai yang emo..hehe

 
Read more...

Wednesday 9 May 2012

Video Youtube - penderaan kanak-kanak


Hari ni aku tolong isteri bawa anak ke klinik - injection 1 1/2 tahun.
Isteri plak nak check perut.. ops bukan ade cacing ye. ade org kat dlm..
Dah 6 month pregnancy =) Anak aku ler tu! hehe~
Kalau xde aral, raye ni jadi papa buat kali ke2 ler aku..Syukur..
Cuma berat anak sulung aku tu baru 9.2 kg je..
Bukan xbagi makan.. telebih makan ade..
Aktif sangat.. dh kene cucuk terus demam, xlalu bejalan
Meraung2 nangis (sakit kot.. ingat kan hero sgt)

Jalan-jalan di Facebook,
Tengok hari ni ade satu video sangat femes
Tapi video kejam! memang kene kutuk kaw2 lah!
Short video - Indonesia pukul budak kecik
Meroyan ke hape..
menurut sumber, kes ni berlaku di Sepang


 Mood : Kalau aku kaye aku xhantar anak kat pengasuh! suruh je bini jaga.xmembazir hantaran kawen mahal2..hehe..

Read more...

Tuesday 8 May 2012

Radix Fried Chicken (RFC)

 RADIX FRIED CHICKEN (RFC) KINI DI SEKSYEN 7, SHAH ALAM
Akhirnya Radix Fried Chicken (RFC) berjaya juga membuka cawangannya yang pertama di Selangor iaitu di Seksyen 7 Shah Alam . Ia telah dibuka secara rasmi pada 22 Februari 2012. RFC, yang pertama di Sungai Petani.

Lokasi RFC Seksyen 7 Shah Alam ;

No 2. Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7 Shah Alam.
(Landmark: depan padang Sek Ren Keb Seksyen 7, Shah Alam)

Waktu Operasi:

Dibuka: Isnin – Khamis 10 pagi – 1 pagi.
Jumaat – Ahad 10 pagi – 12 tengah malam.

Bangunan RFC Seksyen 7 Shah Alam



 Nasi Herba, 2 ketul ayam + sup + sos + air berkarbonat RM10.55
Reply to:

Read more...